Thursday, 17 November 2011

hahaha..padan mukoo kooo


AKOB BEGITU ASYIK MENONTON PERLAWANAN BOLASEPAK DI DEPAN KACA TV, TIBA-TIBA ISTERINYA TERUS MASUK DAN BERKATA..

“Bang, lampu di halaman depan dah terbakar. Tolong ganti yang baru ye.”

“Pasang lampu? Kamu ingat saya TNB ke” jawab Akob.

“Kalau abang tak mahu tukar lampu, abang tolong betulkan paip air sebab airnya dah tak boleh keluar,” minta isteri Akob lagi.

“Betulkan paip? Kamu ingat saya ni Jabatan Bekalan Air ke?” jawab Akob mengelak.

“Kalau semuanya abang tak mahu buat tak apalah, tapi kalau abang ke kedai nanti jangan lupa tolong belikan saya gas memasak sebab rumah kita dah kehabisan gas.” kata isteri Akob.

“Minta maaf banyak-banyak ye, saya tak kerja kat Petronas;” jawab Akob dengan sinis.

KERANA MERASA TERGANGGU AKOB TERUS KELUAR DAN KE RUMAH KAWANNYA UNTUK MENYAMBUNG MENONTON PERLAWANAN BOLASEPAK. KIRA-KIRA JAM 2 PAGI KEMUDIAN AKOB PUN PULANG KE RUMAH. AKOB MENJADI HAIRAN APABILA MENDAPATI LAMPU DI HALAMAN TERANG BENDERANG. AKOB TERUS KE BILIK AIR, DIA SEKALI LAGI TERKEJUT APABILA MENDAPATI PAIP AIR TAK ADA MASALAH LAGI. APABILA DIA KE DAPUR, AKOB MENDAPATI TONG GAS JUGA PENUH.

PADA KEESOKKAN PAGINYA AKOB BERTANYA KEPADA ISTERINYA..

“Awak minta tolong pada siapa…?”

“Begini bang, setelah abang keluar dari rumah semalam, saya menangis di halaman rumah. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang sedang melintas di depan rumah kita, bertanya kenapa saya menangis. Saya ceritakan segala-galanya kepadanya. Dengan rela hati dia sedia menolong saya tetapi dengan bersyarat.”

“Apa syaratnya?” tanya Akob ingin tahu.

“Syaratnya saya perlu pilih samada buatkan dia roti atau tidur dengannya.”

“Jadi awak buat roti apa untuk dia?” tanya Akob.

“Buat roti…?!!! Awak fikir saya ni Kedai Roti ke…?”

Hahaha.. kuang kuang kuang..

Moral of the story..
Para suami, bantulah isteri anda. Jika isteri anda minta tolong tu, maknanya dia memang dah tak tahu nak buat benda tu sendiri.. Sebab isteri ni bukan dengan sengaja suka susahkan suami. Lagi pun memang dah tanggungjawab suamikan menjaga isteri.. Kalau dapat si isteri yang lurus bendul macam kat atas, haaa.. siapa yang nak disalahkan?

No comments:

Post a Comment